Misi Tawan Kelantan: Ayuh Anak Kelantan

Akhirnya ada jugak pihak yg bersedia menjadi perintis ke arah menyatukan seramai mungkin para bloggers yg berasal dari Kelate demi menyempurnakan hasrat mengembalikan negeri Cik Siti Wan Kembang kepangkuan UMNO & BN.

Terima kasih kepada penggerak-penggerak di Gelombang Merah kerana merintis idea  yg pastinya mampu membuahkan hasil kelak.

Tentu sekali jika gerakan penyatuan ini berjaya menghimpunkan ramai bloggers Kelate, pastinya ia memerlukan penyelarasan yg cukup teratur serta komitmen semua pihak.

Ya.. komitmen.. itu masalah paling besar bagi ramai kalangan kita termasuk aku sendiri. Kekangan kerja harian dan urusan duniawi yg lain pastinya menghambat kita semua.

Tapi sampai bila kita semua mahu menjadikan alasan kekangan urusan harian sbg penghalang utk membuktikan komitmen dan kesungguhan kita demi kebaikan negeri sendiri?

Fikir punya fikir, lebih baik kita turut serta menyumbang tenaga setidak-tidaknya cetusan idea dan gabungan usaha ramai kalangan kita tentu  mampu menjana satu gelombang baru yg mampu menghanyutkan batang tubuh Nik Aziz dan Pas jauh dari puncak kuasa.

Kita mempunyai ramai senior blogger Anak Kelate yg mampu membimbing dan mencetuskan semarak dlm diri kita. Nama-nama besar seperti RBF, Gelombang Merah dan KickDefella tidak asing lagi di kalangan sebahagian dr kita.

Ayuh Anak Kelate, sama-sama kita berganding bahu, tenaga dan idea utk negeri yg tercinta. Telah lebih 20 tahun kita membiarkan Kelate diperkotak katikkan oleh Nik Aziz dan Pas, tiba masanya sekarang ini utk kita buktikan Kelantan sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat pemimpin Pas membina kerjaya serta  mengumpul kekayaan utk anak menantu dan kroni mereka.

* Untuk menyertai Misi Tawan Kelantan ini, sila sertakan butiran diri di Blog Gelombang Merah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s