‘Aku Yang Hipokrit’

Ya.. aku memang hipokrit. hikpokrit yg amat sangat. Semangat plastik dan umpama lalang ditiup angin. Terhuyung hayang ke sana, terhuyung hayang ke sini mengikut tiupan angin musim.

Bila orang senang aku nak tumpang senyum bangga sambil tumpang nama. Bila orang susah, aku lagi bikin hentam dan kutuk kerana aku beranggapan mereka golongan yg tewas dan tiada kemampuan.

Inilah aku, mungkin satu-satunya rakyat Malaysia yg tiada sikap patriotik, tiada jatidiri dan tiada semangat sayangkan negara. Aku fikir 99.9999999% rakyat Malaysia yg lain samasekali amat berbeza berbanding aku, mereka tentunya kuat jatidiri, semangat membara dan istiqamah patriotiknya.

Ngkorang semua lainlah, terbukti bersemangat waja dan patriotik sentiasa membara, buktinya sekarang ni, semuanya asyik berbangga kerana Malaysia berjaya merangkul piala AFF Suzuki 2010 malah sebelum ini berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009.

Masa Malaysia kalah 5-1 dengan Indonesia di Jakarta tempohari akulah satu-satunya yg mengutuk dan mengtertawakan pasukan kita. Sedangkan tatkala tu, korang semua teguh mempertahankan pasukan Malaysia demi semangat cintakan negara. Susah senang, jatuh bangun korang tetap teguh di belakang pasukan negara dan tetap megah mengibarkan bendera Malaysia. Tahniahlah utk korang semua.

Aku sebetulnya malu pada diri sendiri kerana bersemangat tahik ayam, hanya berani menyanjung pasukan negara kita dan bangga kibarkan bendera Malaysia hanya setelah pasukan itu di puncak kejayaan.

Tapi disebabkan sudah sebati dalam diri aku yg semangat lalang dan jatidiri tahik ayam itu pasang surut ikut jatuh bangun pasukan kita, jadi aku cuba simpan dan sapu bawah karpet sahaja perasaan malu pada korang.

Bila sekarang kita sudah dipuncak kejayaan, secara automatik aku declare diri aku adalah rakyat Malaysia yg setia, berjiwa patriotik dan memiliki jatidiri yg ampuh setaraf dgn korang semua.

Maka terimalah aku sebagai penyokong ultra yg sejati, terkini dan sensasi.

Akhir kalam, dengan perasaan bangga aku ucapkan tahniah utk diri aku dan korang semua kerana berkat sokongan kita Harimau Malaysia kembali mengaum. Rasa aku memang aku layak kongsi kegembiraan ini sebab aku pun boleh dikira sebagai penyokong yg setia dan patriotik seperti korang jugak.🙂

err.. betul ke aku sorang saja yg lalang?.. he..he..he..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s