PRK DUN Tenang: Pas Harap Pengundi Bukan Melayu

Pas jelas begitu semakin was-was dan hilang keyakinan utk menarik sokongan majoriti pengundi Melayu/Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, berkata pengundi di tiga tanah rancangan FELDA adalah hampir 50 peratus masyarakat Melayu yang menyokong kerajaan sebagai majikan mereka. “Pemuda sudah diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berjuang bagi memenangi kerusi DUN Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi. Terdapat tiga kawasan FELDA di DUN berkenaan yang menjadi cabaran untuk kita.

“Namun peluang memenangi kerusi ini tetap ada kerana sebahagian masyarakat FELDA menyokong PAS dan peratusan sokongan pengundi bukan Muslim juga tinggi, jadi ini gandingan mantap untuk membolehkan PAS menang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Harian, 29-12-2010

Terang-terangan menjelang PRK DUN Tenang Pas menzahirkan harapan besar utk menawan hati pengundi Bukan Melayu dan Non-Muslim.  Sesuai sangat dengan slogan terkini Pas yakni Pas Untuk Semua berbanding slogan lama ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’  yg telah dibakul sampahkan.

Dah jarang sangat kita dengar Pas secara terbuka menyebut slogan ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’, kalau adapun hanya sesekali di kawasan majoriti Melayu/Islam.

Kalau kita semua imbas semula sekitar akhir tahun 1990-an selepas PRU 11 tahun 1999, realiti masa itu BN menang dgn sokongan lebih sikit separuh sokongan pengundi Melayu/Islam ditambah dgn sokongan agak besar dari pengundi Bukan Melayu.

Banyak bunyi langau dan nyamuk kedengaran dari pihak Pas dan PKR  yg memperlekehkan kemenangan BN itu sebagai petanda UMNO/BN dijauhi oleh pengundi Melayu.

Propaganda Pas terutamanya menjaja berita bahawa UMNO sudah pupus kerana tidak lagi mewakili Umat Melayu/Islam sebaliknya UMNO sudah menjadi parti yg di dokong oleh Non Muslim.

Kini Pas kembali menjilat air ludah dan muntah hasil kata-kata mereka 11 tahun lampau. Pas sekarang hanya mengharapkan sokongan Bukan Melayu utk menang.

Dulu mereka dakwa UMNO/BN dijauhi oleh orang Melayu/Islam kini mereka benar-benar mengalami kehilangan sokongan pengundi Melayu/Islam. Orang tua kata Allah bayar cash.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s