PRK Dun Tenang: SPR Minta Semak Daftar Pemilih

Bermula 31 Disember 2010 ni semua pemilih berdaftar di DUN tenang, Johor dah boleh mula semak nama masing-masing dlm daftar pemilih. Eloklah semua parti politik termasuk yang tak cukup ahli di sana turut jalankan tanggungjawab menyemak nama ahli dan penyokong mereka sama ada layak mengundi ke tidak, ada nama ke tidak dalam daftar pemilih tu.

Bukan apa, alang-alang SPR dah sebarkan berita ini aku pun tumpang sekaki nak peringatkan orang politik dan parti mereka tu supaya takdelah nanti ada dakwaan budus yang mengatakan kekalahan mereka kerana SPR tak telus, tong undi di campak ke laut, nama tiada dalam senarai dan macam-macam cerita dongeng.

Kita bukan tak tahu sesetengah ahli politik terutama sekali daripada Pas, PKR dan DAP ni sikap dan perangai hudoh depa sebijik sama dengan perangai penyokong bolasepak Indonesia yang tak dapat kawal emosi dan tak boleh menerima kelemahan diri masing-masing.

Bila pasukan Indonesia kalah di Bukit Jalil dengan 3 gol tanpa balas, maka yg dipersalahkan adalah laserbeam. Tak cukup dengan carut marut dalam internet , mereka siap buat demo lagi di hotel penginapan pasukan Malaysia.

Demikianlah ahli politk jiwa kerdil yg sentiasa mengaku hebat seperti banyak terdapat dalam Pas, PKR dan DAP, mereka suka sangat pandang kehebatan diri mereka hingga lupa mereka pun manusia biasa.

Bila kalah lawan UMNO & BN di 5 PRK mereka bising kata tak adil, SPR serta kerajaan tak telus.  Bila mereka menang 8 PRK termasuk DUN Penanti mereka dakwa hebat di terima rakyat.

Kan ke sama tu penyokong bolasepak Indon dengan ahli politik jiwa kerdil Malaysia. Masing-masing tak pernah nak mengaku kelemahan sendiri. Dan masing-masing cukup hebat memandang diri masing-masing hingga lupa tingginya langit dari bumi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s