Nik Aziz Masih Bernafsu Jawatan MB?…

Marah sungguh MB Kelate sejak 1990 hingga sekarang ni dgn penyebaran berita kematian seorang  yg bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Arwah Nik Aziz seperti yg diberitakan meninggal dunia itu terlibat dengan eksiden di Jalan Bentong Raub, Pahang pada akhir tahun 2009 lalu.

Manakala Blogger RBF pula ada menyiarkan imbasan berita tersebut pada Isnin lepas sekadar meminta para pengunjung blog beliau mendoakan utk roh arwah.

Tidak sangka pula hari ini keluar Utusan Malaysia dengan berita kemarahan seorang lagi pemilik nama Nik Abdul Aziz (MB Kelate) yg menyifatkan ada orang memfitnah yg  dia sudah meninggal dunia.Memandangkan nama yg sama memang tak mustahil ada orang yg perasan berita tersebut berkenaan diri dia walaupun sebenarnya hanya kebetulan nama sama.

Melihat respon dan reaksi marah Nik Aziz MB kelate sejak 1990 ni boleh membuatkan sesetengah kita tertanya-tanya dalam minda masing-masing. Mungkin timbul persoalan adakah Nik Aziz MB Kelate sejak 1990 ini masih bernafsu utk menikmati harta dan jawatan dunia selama-lamanya dan amat pantang sekali bila terdengar berita tentang kematian?…

Err.. Nik Aziz MB Kelate sejak 1990 takut mati ke? Bukan kah kita selalu diingatkan supaya sentiasa ingat tentang mati supaya tidak lalai dengan harta dan pangkat duniawi? Entahla..

Tapi dah biasa kita tengok dan dengar ramai pemimpin dunia amat payah utk meninggalkan jawatan masing-masing kerana sudah selesa duduk di kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin. Betul ke pandangan umum sebegini?. Mungkin betul bagi anda, mungkin tidak tepat bagi orang lain.

Apapun marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Nik Aziz MB Kelate sejak 1990 itu agar sentiasa sihat supaya pentadbiran kerajaan negeri tidak tergugat. Lebih elok kalau beliau terus memegang jawatan MB itu hingga PRU 13 kelak kerana ia memudahkan kerja banyak pihak apabila PRU menjelang tiba.

Elok sangatlah kalau beberapa pihak yg masih muda dalam Pas Kelantan tu berlapang dada dan tumpukan pada kerja masing-masing daripada bermimpi utk merasa nikmat kerusi empuk MB. Belum tiba masa utk anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s