Bila Indonesia Kalah Bola… Ada-ada Saja Alasannya…

Kecoh sungguh sehari dua ni dgn penggunaan laserbeam / laser pointer yg di jadikan alasan sebagai punca kekalahan Pasukan Bolasepak Indonesia.

Namun sebagaimana selalu yg terjadi, kebenaran tidak mampu dilindungi dgn kata-kata emosi, bodoh sombong dan sikap tuding jari semata-mata.

From: AFFSuzukiCup | December 01, 2010

Berdasarkan koleksi video yg di siarkan dalam website penganjur kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 ini, akhirnya kebenaran terbongkar betapa rupanya penyokong Indonesia telah terlebih dahulu memulakan penggunaan laserbeam ini. Pada minit ke 4.05 rakaman video yg dimasukkan dalam youtube pada 01 Disember 2010 oleh AFF Suzuki Cup jelas kelihatan pancaran laser berwarna hijau singgah ke wajah dan tubuh penjaga gol Malaysia sewaktu perlawanan di Jakarta tempohari.

Pun begitu, mengenali sikap dan perwatakan sesetengah penyokong Indonesia dan media mereka, tidak sukar utk kita memahami betapa emosi dan sikap bodoh sombong sudah sebati dalam diri mereka. Jadi tidak pelik bila mereka cuba menafikan keaslian video rakaman AFF Suzuki ini dgn mendakwanya di edit atau diubahsuai.

Demikian juga kita tidak terkejut bila media-media Indonesia yg terkenal seluruh dunia dengan sikap bodoh sombong dan suka menjadi batu api itu tidak memfokuskan kelakuan penyokong mereka yang terbukti terlebih dahulu merintis penggunaan laserbeam ini.

Apapaun, terbukti Malaysia lebih matang dan berpijak di bumi nyata kerana walaupun kalah 5-1 tempohari namun tidak menjadikan alasan laserbeam itu utk memulaukan perlawanan. Malaysia nyata lebih bijak menyuluh kelemahan diri dan akhirnya mendaki peningkatan selepas memperbetulkan kesilapan pertahanan.

Sebaliknya Indonesia wajar meletakkan kesalahan besar di atas bahu penjaga Gol mereka yg ternyata bodoh sombong cuba memboikot perlawanan hanya semata-mata pancaran laserbeam. Tindakan Markus yg gopoh gapah itu nyata makan diri bilamana perlawanan di Bukit Jalil di hentikan 5 minit sekaligus menyebabkan fokus dan semangat pemain Indonesia yg lain terbantut dan terganggu.

Akibatnya selepas tindakan Markus itu menyebabkan gawang gol Indonesia bolos 3 gol. Jadi jangan terkejut kalau dalam perlawanan akhir kedua nanti di Jakarta, gawang gol Indonesia bertukar tangan. Jika Markus masih kekal mengawal gawang Indonesia, tentu sekali bahana bolos gol yang besar akan menhantui Indonesia hingga kiamat. ha..ha..ha..

Bagi mereka yg masih waras dan ingin mencari kebenaran siapa yg merintis penggunaan laserbeam dalam kejohanan piala AFF Suzuki 2010 ini di alu-alukan utk melihat sendiri rakaman video di laman web rasmi AFF Suzuki utk buat penilaian adil perintis penggunaan laserbeam ini.

Official Website: AFF Suzuki Cup 2010 (Video Collections)

Official Website: AFF Suzuki Cup 2010 (Indonesia 5 : Malaysia 1 – Laserbeam / Minit ke 4.05)

Youtube Channel Rasmi AFF Suzuki Cup: http://www.youtube.com/user/AFFSuzukiCup

Youtube Video by AFF Suzuki Cup: http://www.youtube.com/user/AFFSuzukiCup#p/u/18/v6GMwy44jUE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s