Kelajuan Meja Makan Bergerak 113km/j?

Biar betul?.. Mana mungkin meja makan boleh bergerak apatah lagi dengan kelajuan 113km/j di atas jalan kerana asas penciptaan meja makan sepatutnya utk keselesaan kita menjamu selera.

Jika diikut pada konsep asal penciptaan maka tentu sekalilah perkara ini tak mungkin. Namun disebabkan manusia dianugerahkan dengan akal utk berfikir maka wujudlah di situ kreativiti dan inovasi utk mengubahsuai ciptaan asal menjadi satu benda yg pelik bagi sebahagian kita .

Demikian halnya dengan Perry Watkins yg berasal dari Britain apabila menggunakan dayacipta kreativitinya dengan mengubahsuai meja makan dan mampu dipandu laju mencecah 113km/j malah turut dimasukkan dalam Guiness Book Of Record.

Hebat bukan?.. Rasanya tak ramai yg pernah terfikir idea seperti yg dirintis oleh mat salleh Watkins ni. Bila terbaca dalam Utusan Malaysia teruja pula aku nak tengok macamana bentuk meja makan yg dah jadi kereta tu. Terus buat carian dengan bantuan pakcik Google dan dapatlah tengok meja makan ajaib tu. ha..ha..

Siap lengkap dengan kerusi, buah-buahan dan makanan lain lagi tu. Memang bijak bistari walaupun pelik.

Meja makan yg dinamakan  Fast Food ni dilaporkan berjaya mengalahkan rekod pencipta lain, Edd China yg pernah menghasilkan sofa bergerak pada kelajuan 92km/j dalam tahun 2007.

Rekod ini di catat selepas diuji pada 5 September lepas di Trek perlumbaan Santa Pod dengan catatan kelajuan tertinggi di capai 130km/j dan average kelajuan yg direkodkan dlm Guiness ialah 113km/j.

Rasa aku, kereta kancil yang aku selalu duk pandu tu pun jarang sangat mencecah 100km/j selalunya 80 – 90km/j saja. Memang makan asap la aku kalau berlumba dengan meja makan Watkins ni. ha..ha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s