Kehebatan Nilai Seni Tembikar China

Kalau hari ini miskin tak semestinya sampai mati kita pun kita masih di takat lama. Adakalanya tuah datang ibarat “yg pipih datang melayang, yg bulat datang bergolek”.

2 orang adik beradik dari China tentu sekali antara insan yg bertuah kerana harta pusaka ibubapa mereka yg hanyalah sebijik tembikar yg mempunyai ukiran bunga serta dihiasai ukiran lautan dan ikan itu akhirnya menjadikan mereka jutawan sekelip mata.

Tembikar itu dijumpai sewaktu mereka membersihkan loteng rumah ibubapa mereka. Dipercayai terbikar tersebut berasal dari zaman Dinasti Qianlong dan mula dijaga oleh ibubapa mereka sejak 1930-an lagi.

Sebagaimana kata orang-orang tua, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu. Kerana tidak menjangka harga bidaan tembikar tersebut mencecah hingga RM214 juta menyebabkan mereka adik beradik hampir pengsan sewaktu mengikut acara lelongan tersebut.

Memang kalau aku pun bukan setakat pengsan rasanya, mungkin boleh sawan tenuk selama 3, 4 hari tak makan tak minum kerana kejutan yg melampau. Tapi itulah hakikatnya kebanyakan barangan antik dari China sememang ada nilainya yg tersendiri.

Hatta periuk belangga, pinggan mangkuk yg tersembunyi di dasar laut sejak berkurun lama pun ramai orang sanggup mencarinya samaada utk kajian sejarah mahupun utk keuntungan wang ringgit, inikan pula kalau tembikar yg ada ukiran cantik dan berusia berabad lamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s