Azizan Bakal Hanyut?

Anda boleh saksikan 2 video berikut utk menilai sendiri tahap kepimpinan Pas Kedah sewaktu berhadapan dgn tekanan rakyat dan pihak media bilamana Kedah dilanda bencana banjir terbesar dalam tempoh 100 tahun. 

Baru saja sebulan lalu Kerajaan Pas Kedah menaikkan tarif bil air dan berdepan dengan kemarahan rakyat termasuk demontrasi bantahan kenaikan bil air kini terpaksa pula menghadapi air bah di kebanyakan tempat di Kedah.

Mungkin kerana tertekan dan gagal mengawal emosi, akhirnya YAB MB Kedah dengan wajah bengis dan lagak sedikit sombong mula ‘menyinga’ bila diajukan soalan-soalan oleh wartawan berkenaan banjir di Kedah.

Ramai sedia maklum selain kelewatan bantuan & sikap pilih bulu kerajaan negeri, mangsa banjir turut menghadapi bekalan air bersih yg terputus sejak bencana banjir besar melanda Kedah.

Mujurlah pihak SYABAS sedia membantu dari awal dengan membekalkan bekalan air ke pusat-pusat pemindahan banjir. Turut serta menghulurkan bantuan meringankan beban mangsa banjir ialah kerajaan Perak dengan menghantar bekalan air bersih.

Buletin Utama TV3 / http://www.youtube.com/watch?v=oc16t1hiYNc

 

Berita TV1 RTM / http://www.youtube.com/watch?v=qhwL6Js_A9E

Melihat reaksi keras dan bengis sehingga tidak kelihatan ciri seorang pemimpin ini, sudah tentu bakal meletakkan Pas di Kedah dihujung tanduk menjelang PRU 13 akan datang.

Tidak mustahil, Azizan dan Pas Kedah bakal dihanyutkan arus deras kemarahan rakyat gara-gara hilang pertimbangan dan gagal mengawal emosi apatah lagi dengan pelbagai kelemahan di pihak kerajaan negeri yg lambat bertindak menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

2 thoughts on “Azizan Bakal Hanyut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s