Galas Bakal Merintis Kebangkitan UMNO Kelantan

Mahu tak mahu, Pas terpaksa juga mengakui kekalahan dengan majoriti 1190 di tangan calon UMNO/BN pasti meninggalkan detik hitam buat parti itu. Pahit utk Pas telan apatah lagi ia berlaku hanya selang 2 tahun selepas kemenangan besar Pas di Kelantan dalam PRU 2008.

Perit yg Pas terima bukan hanya kekalahan tersebut, malah turut merosot sejumlah 265 undi berbanding perolehan undi tahun 2008. Lebih parah lagi Pas hanya mampu mengekalkan kemenangan di satu peti undi sahaja iaitu Sungai Terah itupun dengan majoriti yg makin mengecil.

Dalam PRU 12 lepas, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti 646 utk kerusi DUN Galas malah turut menawan 6 daripada 13 peti undi kawasan tersebut. Kali ini 12 peti undi berjaya dikuasai oleh UMNO/BN termasuk kawsan majoriti Cina.

Bagi UMNO kejayaan menawan kembali DUN yg terlepas kepada Pas bukan saja penting malah yg paling manis bilamana berupaya menarik sokongan ramai bekas penyokong & pengundi Pas utk bersama-sama dgn UMNO/BN.

Satu undi mewakili satu individu. Walau hanya satu undi Pas berkurangan misalnya, ia amat bermakna bagi UMNO kerana berupaya memperbetulkan corak pemikiran seorang individu daripada terus terjerumus dgn pemikiran gaya Pas yg mana kita ketahui pemikiran sedemikian terlalu condong utk menyalahkan orang lain berbanding muhasabah kelemahan diri sendiri.

Lebih ramai rakyat terutamanya orang Melayu/Islam menyokong UMNO/BN dan makin berkurangan sokongan umum terhadap Pas boleh ditafsirkan peluang utk melihat asas perpaduan kukuh kuasa politik Islam kian berkembang dan risiko kehilangan kuasa politik Islam dalam PRU 13 nanti akan berkurangan.

Ditambah lagi dengan kekusutan dalam pemilihan PKR yg diwarnai dengan kerusi terbang, aksi gusti dan dakwaan penipuan undi, tidak dapat tidak, Pas di kelantan tentunya kini dalam kerunsingan memikirkan arah sokongan yg kian menjunam.

Peristiwa kerajaan nyawa-nyawa ikan tahun 2004 yg hanya berbeza beberapa kerusi sahaja tidak mustahil akan berulang lagi dan risiko Pas utk terus terduduk di Kelantan boleh berlaku jika UMNO/BN Kelantan terus berusaha mengukuhkan kesatuan antara mereka sebagaimana ditunjukkan dalam PRK Galas tempohari.

Utk merawat luka kekalahan di Galas, Pas pastinya akan cuba memperkecilkan kemenangan BN di Galas dengan seribu satu alasan utk mengurangkan kekecewaan ahli & penyokong mereka. Namun sejarah sudah tercatat bahawa tiap kali kekalahan hinggap di kepala Pas, selepas itu pastinya akan disusuli dengan ketegangan dalam pucuk pimpinan parti mereka.

Kekalahan besar Pas di PRK Bagan Pinang misalnya menjadi titik tolak pertelingkahan terbuka 2 puak dalam Pas yg membawa kepada kemenangan nyawa-nyawa ikan Pas kemudiannya di PRK Manek Urai dgn majoriti 65 undi berbanding majoriti lebih 1000 undi sebelumnya dalam PRU 2008.

Lanjutan daripada kebangkitan sokongan terhadap UMNO/BN di Bagan Pinang itulah barangkali membawa kepada proses pemulihan UMNO/BN dan bermulaannya saat-saat kejatuhan Pas serta rakan mereka PKR kini.

UMNO kini sudah di landasan yg betul, tinggal lagi perlu memperkemaskan jentera dan para pemimpin UMNO barangkali wajar mengambil teladan kaedah & pendekatan Ku Li di Galas demi kelangsungan UMNO/BN. Sentuhan peribadi, keprihatinan dan sikap cakna rakyat pastinya bukan saja akan menggugat kubu-kubu Pas di Kelantan malah mampu menghumban Pas jauh ke dasar Sungai Kelantan kelak.

One thought on “Galas Bakal Merintis Kebangkitan UMNO Kelantan

  1. Pingback: Temberang Pas Terdedah di DUN Tenang… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s