Anwar & Azmin Punca Masalah PKR?

Wah.. slamber betui Zaid ibrahim kasi sound sama Anwar Ibrahim & Azmin Ali. Kata Zaid, “Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR)”.

Tu dia, memang kalah letusan Gunung Merapi di Indonesia. Nampak gayanya abu panas dan debu-debu kemarahan dalam hati Zaid betul-betul sudah bikin Anwar & PKR sesak nafas.

Dah jadik macam pelik bin ajaib. Parti yg direkacipta khas utk memperjuangkan Anwar tiba-tiba Zaid pulak yg kasi sound supaya Anwar pi berambus keluar bersama Azmin. Ini kes sudah pelik. Tetamu datang rumah di sambut ‘mesra’ tiba-tiba dgn slambernya mahu campak keluar tuan rumah dengan alasan tak pandai jaga kebersihan rumah. ha..ha..ha…

Sampai satu tahap sebelum dipecat keluar dari UMNO, banyak tindakan Zaid sewaktu menjadi Menteri kelihatan mirip memenuhi aspirasi pembangkang terutamanya berkaitan ISA & isu pampasan kepada bekas hakim. Bila Zaid menyahut seruan projek 16 September hasil pembikinan oleh Anwar, memang tak cukup tangan dan kaki Zaid disambut bagai hero kebebasan dan pejuang demokrasi tulen.

Tapi itulah Zaid yg kita semua kenal. Tak sabar utk naik dan agak gopoh utk menggapai awan tinggi. Nampak seperti mengejar cita-cita peribadi.

Sedikit sejarah Zaid, dulu waktu dalam UMNO dia pernah cuba menentang Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan tetapi gagal. Kemudian berpindah ke Bahagian Kota Bharu dan berjaya menjadi ketua UMNO Kota Bharu tahun 2001 kemudian dilantik sebagai Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan utk bantu Tok Pa.

Mungkin ramai yg belum lupa peristiwa pemecatan Dato’ Ibrahim Ali menjelang Pilihanraya 2004 sehingga menyebabkan Tok Him marah dan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas tahun tu. Pas Kelantan terselamat walaupun berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan hasil protes oleh Tok Him.

Ada desas desus mengatakan Zaid Ibrahim yg ketika itu rapat dengan Pak Lah ada mainkan peranan dalam pemecatan Ibrahim Ali. Andaian ramai kemungkinan disebabkan dendam kekalahan di tangan Tok Him sewaktu pemilihan ketua UMNO Pasir Mas beberapa tahun sebelumnya.

Itu dulu punya cerita la. Skang kita kembali kepada episod terkini berkenaan protes Zaid terhadap kecelaruan dalam pemilihan PKR.

Dalam sidang media tu, kelihatan hadir sama Mustapa Kamil Ayub juga calon Timbalan Presiden PKR yg menduduki tangga ketiga. Mustapa punya sound pun boleh tahan hingga berani memberi kata dua supaya pemilihan batalkan.

Pendek kata, baik Zaid mahupun Mustapa, kedua-duanya sudah mencapai tahap kritikal memendam rasa. Mana tidaknya, selama beberapa minggu pemilihan PKR berlangsung ni, kita boleh tengok macam-macam benda ajaib yg sebelum ni agak jarang2 di lihat dalam parti-parti lain.

Dengan kerusi terbang, drama tumbuk menumbuk, tolak menolak hingga kepada penyelewengan undi semuanya secukup rasa. Barulah agaknya diaorang tahu bukannya mudah mengendalikan proses pengundian.

Sebelum ini, ramai pemimpin pembangkang kerap mengutuk dan mempertikai proses pengundian yg dijalankan oleh SPR dengan bermacam-macam tuduhan tanpa bukti jelas termasuklah pengundi hantu, peti undi dibuang ke laut, kertas undi pos diseleweng dan macam-macam tuduhan yg akhirnya seolah-olah nampak SPR berat sebelah hingga langsung takde peluang utk pembangkang menang di mana-mana.

Akhirnya kini, segala tuduhan itu kini terpalit pada dahi mereka yg beria-ia melaungkan merekalah paling demokrasi dan pejuang keadilan yg hakiki. Dan tuduhan-tuduhan itu bukannya datang dari luar PKR atau badan-badan pertubuhan lain, tapi diluahkan oleh ahli-ahli & pemimpin PKR sendiri.

Barangkali tika ini SPR hanya tersenyum melihat kecelaruan Anwar mengendalikan pemilihan dalam parti. Ternyata Anwar hanya hebat bercakap dan berpidato namun hakikatnya pengisian dan praktikalnya gagal sama sekali. Zaid, Mustapa dan ramai ahli PKR yg lain telah memuntahkan api kemarahan mereka. Patutnya kita di pihak rakyat sudah mampu menilai siapa Anwar sebenarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s