Yuran Sekolah, Wardina & Yuran Taska PASTI…

Mintak maaflah nooo sebab hampir seminggu tak update blog ni, sedikit busy dgn kehidupan harian.

Apapun terima kasih tak terhingga kpd para pengunjung yg saban hari tidak pernah lupa menjenguk blog XPressMinda ni.

Ok, kali ini kita fokus seketika pada salah satu input dalam Bajet 2012 yg dibentangkan oleh PM, Dato’ Seri Najib pada 07 Oktober 2011 yg lepas yakni berkenaan pemansuhan yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah.

Macam yg kita tahu bermula sesi persekolahan akan datang, kerajaan telah bersetuju utk memansuhkan bayaran yuran RM 24.50 bagi sekolah rendah dan RM 33.50 utk yuran sekolah menengah.

Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.

Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta. – (Bajet 2012 / 07 Oktober 2012 / Dato’ Seri Najib)

 

Pemansuhan yuran tu bermakna membawa manfaat kepada lebih 2 juta pelajar sekolah rendah dan menengah termasuklah anak-anak penyokong pembangkang.

Ia jugak bermaksud kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM150 juta setahun utk menampung yuran tersebut.

Satu berita gembira bagi kita semua terutama bagi ibubapa yg mempunyai 2, 3 orang anak kecil yg masih bersekiolah di sekolah rendah ataupun menengah.

Tapi, macam biasalah tak semua orang bersyukur dengan nikmat yg diperolehi. Ada saja yg mahu komplen dan merungut meminta lebih walaupun sudah mendapat betisnya dipohon pula paha.

Printscreen di atas adalah contoh salah seorang makbapak merangkap tukang komplen yg kerjanya suka mengomen itu ini sejak dulu lagi.

Nama dia Wardina, bekas pelakon Spanar Jaya skang ni jadi pengacara di TV3. Kalau baca tweeter ataupun facebook dia, kita boleh faham sikapnya yg suka masuk lif picit sendiri kemudian tweet sana sini, komplen itu ini pasal hal ehwal politik atau negara.

Wardina agak berkira dgn yuran PIBG yg hanya berjumlah RM20.00 setahun, sedangkan PIBG tu bermaksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Patutnya kalau rasa RM20.00 tu tinggi melangit, eloklah rajin-rajinkan diri menghadiri setiap mesyurat anjuran PIBG sekolah anaknya tu utk minta pengurangan yuran tahunan.

Ini adalah contoh yuran & pelbagai yuran tambahan yg ada di sekolah rendah. Campur tolak pula dengan beberapa bayaran lain yg ditentukan oleh sekolah maka semuanya tak mencecah pun RM200.00 utk setahun. Apatah lagi selepas pemansuhan yuran RM24.50 tu dalam sesi 2012 nanti lagilah berkurangan beban ibubapa.

 

Manakala di bawah ni pulak ialah yuran wajib utk sekolah menengah.

Yuran wajib sekolah menengah sebelum ini ialah dari pakej C, RM33.50. Dan yuran itu tidak lagi ditanggung oleh makbapak pelajar sebaliknya ditampung oleh kerajaan. Campur tolak dengan yuran PIBG dan beberapa bayaran lain misalnya buku tambahan, kertas soalan, kelas tambahan (jika ada), buku PAFA dan lain-lain ia masih lagi di bawah RM200.00 setahun ataupun paling tinggi bawah RM250.00 setahun utk pelajar sekolah menengah.

Masih mahal? Masih membebankan?.

Baiklah, mari kita banding dengan yuran Taska PASTI kelolaan parti berkebajikan yakni PAS.

Tahu berapa yuran permulaan utk makbapak yg berminat hantar anak depa ke taska PASTI?

Kalau takde duit minima RM250.00 utk anak berusia 4 tahun, RM250.00 utk anak berusia 5 tahun dan RM250.00 utk anak yg bersusia 6 tahun, jangan bermimpi utk hantar anak anda belajar di pra sekolah taska PASTI.

Itu belum cerita yuran bulanan yg mencecah antara RM40.00 hingga RM80.00 setiap bulan selama 10 bulan.

Campur tolak yuran wajib RM250.00 ditambah dengan yuran bulanan, anggaran kos belajar utk satu kepala anak kecik anda ialah sekitar RM600.00 hingga RM800.00 setahun bergantung pada taska PASTI tempat anak anda belajar.

Tak percaya? Sila lihat senarai yuran taska PASTI di bawah ni.

Yuran Berkebajikan ala PAS utk kanak-kanak Pra Sekolah di salah sebuah Taska PASTI di Selangor.

Senarai yuran wajib utk permulaan Taska PASTI adalah berbeza antara setiap bergantung pada tempat & negeri. Misalnya ada taska PASTI yg mewajibkan yuran bulanan RM40 sebulan, ada yg mengenakan RM50 sebulan dan paling tinggi ada yg mengenakan yuran bulanan sejumlah RM85 sebulan.

Dah buat perbandingan?

Ada Wardina berminat utk komplen kenapa yuran utk budak pra sekolah taska PASTI jauh melampaui tingginya berbanding yuran setahun utk budak sekolah rendah dan sekolah menengah?

Jawabnya takde, sebab Wardina hanya berminat utk mempertikaikan apa saja kerjabuat kerajaan BN tapi hanya pejam mata dan buat-buat buta utk melihat pada ‘kebajikan’ PAS & PR dalam hal ehwal pendidikan.

Ini baru bab pendidikan Cik Wardina oooii, belum cerita lagi tanggungan kerajaan utk persediaan kelahiran anak-anak kita di hospital kerajaan sejak dari kandungan berusia 3 bulan di adakan checking kesihatan kandungan dengan hanya bayaran pendaftaran RM1.00 hinggalah anak dilahirkan dgn selamat kita hanya membayar sekitar bawah RM100.00 saja utk kos bersalin.

Betul itu semua tanggungjawab kerajaan yg memerintah. Tapi bukankah ini jugak bermakna kerajaan yg memerintah hari ini adalah kerajaan yg bertanggungjawab kerana mengambil berat hal ehwal kebajikan rakyat sejak sekian lama hatta utk anak-anak penyokong pembangkang sekalipun.

Tapi yelah, peel perangai orang kita suka merungut. Kita kerap hanya tersedar drpd rungutan kufur nikmat tu hanya setelah nikmat tu di tarik balik atau hilang bila kuasa memerintah berpindah tangan.

+-+-+-+-+-+-+

* Dulu dalam satu rancangan TV ada seorang pengacara yg komplen nasik lemak tak bagus utk kesihatan. Tahukah anda ada jiran tetangga pernah terserempak dengan seseorang yg sedang membeli beberapa bungkus nasik lemak hanya selang beberapa hari selepas rancangan TV tersebut? Try carik dalam internet kisah tu. :)

68 thoughts on “Yuran Sekolah, Wardina & Yuran Taska PASTI…

  1. Inilah manusia yang tak pernah bersyukur..
    Patutnya kita kena berterima kasih pada kerajaan yang ada sekarang.
    Bukannya asyik complaint jea…
    Jiwa mereka ini tak pernah puas walaupun semuanya dah disediakan…
    Manusia beginilah yang akan ditarik balik kemewahan yang ada …
    Aku bagi masa lam 1-2 tahun .. Kau orang tengoklah …

  2. Saya rasa awak silap org…printscreen diatas tu bukan wardina… itu najlah ishak bekas pengacara tv3. perlu di ingat bahawa duit yang dibelanjakan kerajaan adalah hasil dr kutipan pelbagai cukai yg dikutip dr rakyat. seharusnya kerajaan pemerintah (tak kira parti apa pun) menggunakan duit itu sebaiknya utk kebajikan rakyat dalam apa jua bidang sekalipun. Kalau ada mana2 negara yang dapat memberikan peluang pendidikan dan kesihatan secara percuma kepada rakyatnya, pemerintah negara itu dianggap efisyen menguruskan kewangannya…

    • btl…sy stuju dgn pndpt pemikir…yuran skolah mansuh tp hrga brg2 len nek mndadak kot…huhuhu…klu la tiada rasuah n yg brpangkat mngamalkn cara hdup bersedehna, pasti pndidikn n ksihtan dpt pecuma…

  3. ni apa punya cerdik ni.. yuran sekolah nak dibanding kan dengan yuran taska?

    untuk perhatian orang cerdik macam anda yg pandai bersyukur ni, yuran sekolah ditbiayai juga oleh bajet tahunan kerajaan (yg diambil dari duit pembayar cukai). Dah tentulah murah!

    Taska PASTI mana ada dana untuk buat macam yuran sekolah? Itu pun yuran taska Pasti jauh lebih murah berbanding yuran taska swasta yg lain.

    Compare apple to apple lah. hadoiiii.

  4. ha..ha..ha.. ada jugak yg terasa panas nooo..

    sebetulnya kalau hangpa baca manifesto Pas dlm pru 2004 & 2008 pendidikan percuma utk serendah-rendah tahap pendidikan hingga la pendidikan tinggi.

    kalau hangpa (pachat, amiruldin & lain2 penyokong Pas) banyak membaca, hangpa takkan berani persoalkan kenapa aku compare taska Pas dgn sekolah rendah & sekolah menengah.

    manifesto Pas sendiri dah declare nak beri pendidikan percuma tapi sampai la nie taska Pasti yg merupakan pendidikan tahap terendah pun tak pernah menjadi percuma di Kelantan, Selangor, Kedah & Penang.

    itu satu hal. nak lagi?

    ok la, meh kita compare dgn tadika kemas pulak. aku yakin ramai rakyat malaysia tahu tadika kemas paling murah berbanding taska Pasti dan mana-mana taska/tadika swasta.

    aku bagi simple point aja la. yuran daftar tadika kemas rm150 termasuk pakaian seragam. yuran bulanan rm10 hingga maksimum rm25 sebulan termasuk makan & minum pagi serta tengahari.

    belanja kos belajar setahun di tadika kemas rm260 hingga rm425.

    manakala belanja setahun kos di taska pasti rm600 hingga rm800.

    istimewanya tadika kemas bagi murid berumur 5 tahun kemudian masih nak still belajar di kemas utk next year depa dah tak payah bayar rm150 yuran daftar, sebaliknya hanya bayar rm80 saja yuran tahunan termasuk pakaian seragam.

    berbeza dgn taska Pasti, murid berumur 5 tahun kalau still nak terus belajar di Pasti utk next year, depa kena bayar yuran yg meningkat dari rm50 ke rm80. misalnya time umur 5 tahun hanya bayar yuran tahunan rm265 next year depa kena bayar rm305 diikuti yuran bulanan rm50 hingga rm80.

    banyak beza tu. masih ada yg nak komplen? pasal cukai? berapa ramai haprak Pas yg bayar cukai?

    Malaysia ada 28 juta rakyat, hanya 5 juta saja yg bayar cukai, itupun hanya 1.7 juta saja yg aktif bayar. sumbangan utama cukai ni banyak datang drpd syarikat2 besar.

    yg hangpa duk bayar skang ni banyak berkisar pd cukai roadtax motor kereta, cukai pintu, cukai tanah serta perkhidmatan lain. duit cukai roadtax hangpa tu yg bayar tiap tahun tu, nak support bina jalan sepanjang 1 meter persegi bertar pun tak lepas, tau dak?. jalan yg hangpa duk guna hari-hari tu yg betui2 milik hangpa tu cuma tak sampai 1 meter persegi saja bertar.

    • Setuju sgt2 dgn pendapat admin. Yg byk komen ni kebykkan penyokong pembangkang. Kerja diaorg ni semuanya nak hentam apa kerajaan buat. Diaorg ajelah yg betul

      • tak payah ada pembangkanglah kalau itu pun dah melenting…admin pun satu…tabika kemas, perpaduan dan tabika permata ilmah datuk rosmah mansur pun under kerajaan. banyak peruntukan.tu sebab yuran murah. pasti ada apa. mana ada sumber melainkan itu je. tapi yang penting pasti lebih bermanfaat dari kemas.

      • Admin mana tau… dia banyak baca utusan meloya dan berita hairan… tu ya g asyik hairan jer dengan halatuju pas…ahahahhaha…

  5. Terlambat, tapi nak komen juga..juran PIBG untuk anak2 saya yang disekolah menengah adalah 90 dan 130 masing2. Istilah percuma tu kurang tepat. Masa di mesyuarat PIBG guru besar dan AJK bersungguh2 meminta itu ini untuk aktiviti sekolah. Sukan, hari kanteen dan juga kelas tambahan. Kalau tak setuju mereka tak boleh buat. Nak taknak kenalah setuju.

  6. Setahu sy manifesto brkaitan pndidikan pas mrupakan manifesto yg akn dlksnakan klu pas/PR mnang d pringkat pusat.. parti yg mnang prlu lksnakan manifesto mreka, xtau la cmna admin bleh pkir bhwa parti yg kalah jgk kna lksnakan manifesto? sudh2 la admin, post la isu2 yg mmbina pmikiran sket..

    • Tadika bnyk ajar menyanyi..blik rumah menyanyi..kalo hantr Pasti,dieorg dpt jd hafiz/hafizah..insyallah,xpe la mahal sket pon..kena la berkorban dr murah tapi xbermanfaat,huhu!

      • makan dalam tu..kemas apa baiknya tu…nyanyi..nyanyi nyanyi.. hari jumaat pakai baju melayu..tu je

  7. ape la tuan tanah kedaung ni..

    pertama, kenapa yuran agak mahal(takde la mahal sgt pon)?sebab bukan kerajaan support mcm tadika kemas tu..

    kedua, apa yg diajar di PASTI dan kemas? ko pernah cek?

    meh aku kongsi satu citer baik.

    di tempat aku, dulu KEMAS ni penoh budak2,,,tapi lelama makin kurang sebab makbapak komplen, sebab hari2 yg anak2 depa belajar, nyanyi, nyanyi….kalau baca abc, 123 sgt sikit..

    kemdian, dorang tukarkan anak2 ke PASTI, jadi di KEMAS, budak2 makin kurang, cikgu2 KEMAS pergi serang sekolah PASTI,,,hebatkan????(takde la serang macam nak perang dunia, serang mulut je)

    so apa yg anak2 dorang belajar masa di PASTI?kalau dulu taktau doa, boleh da baca skit2, taktau da membaca, 123,abc, jawi.solat.di KEMAS ada ajar?munkin sesetgh tempat ada la,,,,sangattttt

    cuba ko cari sorg budak yg belajar di PASTI dgn yg belajar di KEMAS, tanya apa yg dorang belajar….bukan nak puji PASTI yg terbaik, tapi dah terbukti..

    bagi aku, belajar di PASTI masih murah…

    kalau nak citer bab pelajaran ni, baik tgk yg tinggi terus, universiti…belum belajar, anak2 kita dah hutang berpuluh ribu, sedangkan banyak negara(bukan 3, spt yg PM cuba kelentong) bg pendidikan percuma….kerjaan pusat beb, takkan tak mampu bagi pendidikan percuma, duit masuk berkepuk2…nampak sgt tak pandai urus duit..

      • Walaupun aku anak didikan KEMAS, tapi aku akan PASTIkan anak2 aku InsyaAllah..hanya kerana Allah :)

      • Penglaman sendiri belajar di KEMAS. langsung tak ada diajar baca doa dan pasal solat. Bila masuk darjah 1 sekolah agama. Terpinga-pinga sebab kawan-kawan lain majoriti sekolah tadika agama. Diorang dah lancar baca banyak doa dan pandai pasal agama.

    • sy sokong sedara di atas ni..dlu ank sy 2thn sek tadika ppaduan.abc pon tonggang tbalik..pastu ade mber cadangkn tkr tadika pasti.sbb sy tgk ank die pdai mbaca d usia 5thn,pdai baca surah2 pdek,tau cara2 solat n y plg pting tau btudung tu wajib..sy tpikat dgn cara asuhan tadika pasti..
      di usia 6thn sy tukar ank sy msuk pasti.tp sy tlambat..sy anta ank sy msuk pasti tu dh ptengahan tahun.xpe la..sy redho je la kl ank sy xpdai mbaca bl msuk thn 1 nt.y pting sy ikhtiar kn..
      alhamdulillah..kali ni pilihan sy tepat.wlaupon ank sy msuk sek pasti tu d ptengahan tahun(lbh kurang 5bln) ank sy dh bole mbaca,mngaji,solat n y plg sy suka tiap kali nk kluar rumah ank sy mest pkai tudung.
      hebatkn cara asuhan pasti ni.sy x kisah yuran mahal sx pon asalkn ank sy tau mbaca sblm msuk tahun 1 n tau asas2 dalam islam serba sikit pon jd la..atleast msuk thn 1 nt die dh bole jwb soklan bab2 agama ni.
      tahniah n ribuan terima kasih tu guru2 pasti n pgasas pasti.korg mmg tbaeekkk la..

  8. KEMAS? nyanyi mewarna, nyanyi mewarna, nyanyi mewarna. hahaha…
    yg pasti nye PASTI better than tadika KEMAS. go for it!

      • Wardina ni mmg dh jauh ke laut..tgk fb dia isu kalimah Allah pn bletahu dia ni fahaman mana…yg kritik dia xleh trima dia banned or blocked..dia nak yg komen memuji je….attention seekers…

      • Penglaman sendiri belajar di KEMAS. langsung tak ada diajar baca doa dan pasal solat. Bila masuk darjah 1 sekolah agama. Terpinga-pinga sebab kawan-kawan lain majoriti sekolah tadika agama. Diorang dah lancar baca banyak doa dan pandai pasal agama.

  9. PASTI is better than KEMAS dan manifesto PAS kearah pendidikan percuma insyaAllah terlaksana apabila mereka memerintah kerajaan pusat; bukannya kerajaan negeri…

    • try test tengok mampukah kerajaan Pas kelate, kedah serta selangor dan penang langsaikan yuran tahun RM300 – 400 setahun dan yuran bulanan rm50 hingga rm120 sebulan bagi sekepala bebudak Pasti?

      pendidikan peringkat rendah tak mampu handle pendidikan percuma, lagi mahu sembang bab pendidikan peringkat universiti yg yurannya beribu hinggit. mue..ke..ke..

  10. Betulla admin ni xfhm.manifesto dilaksanakan kalau menang.kemas pun ok, tp pngisian agama xsehebat pasti.sejuk hati tgk anak2 baca doa, baca hadis, solat dan bercakap psl peribadi mulia.dan 2 thn ank2 saya kat pasti, diorg xcmpur aduk politik. Cuma mengajar semata2 kerana Allah.tadika agama swasta pun kalah.wallahualam..

  11. Tah pikir dunia je..agak2 la oi..duit kerajaan hasil daripada rakyat yang bayar cukai ,saman . Xkan kerajaan nak makan duit rakyat kot..

  12. Yuran kemas memang murah tapi tempat very limited specially kat KL ni.
    Application untuk kedua-dua anak saya ditolok sebab katanye pendapatan saya + suami -/+ RM 4K tu x layak untuk mohon anak sekolah Kemas. saya berkemampuan hantar anak ke tadika swasta katanye. memang pendapatan keluarga saya nampak banyak tapi hutang pun x kurang banyaknye. So, sekarang terpaksalah cari alternative tadika untuk anak (tadika swastalah?). habis, xkan tak nak hantar anak sekolah kot. alamat makan nasi lauk telor jelah ari-ari lepas ni.

  13. buat apa la nak compare harga yuran mahal ke murah….tadika kerajaan ke pembangkang…kan ke ni untuk education anak2…ilmu akhirat kan penting jugak…xyah la nak berkira sangat. kalau kita pentingkan ilmu untuk anak2…mahal ke murah dah x penting….

    • Tak mahal pun sbb tu bkn tadika gov… mcm swasta tp jauh lebih murah. Silibus nye berkualiti & mmbentuk anak soleh. Anak sya alhmdulillah usia 4thn dah bole mghafal surah pendek ayat kurdi & bacaan dlm solat. Akedemik pun bagus 5thn dah bole mmbaca.

  14. Mmg yuran pasti mahal… Tp terpaksa jugak hantar anak pi pasti. Nk bg pandai baca doa agama sikit.. Darjah 1 hantar srjk(c)… Mmg yuran mahal…. Berbanding sekolah kebangsaan… Tak payah bertegang urat lah…. Hakikatnya mmg mahal… Terpulang korg nk bentuk anak anak..

  15. buktinye aku yang menghantar anak ke pasti…aku tengok anak aku semakin pandai membaca mengira malahan boleh menghafaz doa doa harian.alhamdulillah apelah blog ni x baik lah nak ckp pas ni hprak patut lah yang like blog ni skit em kesiha ni. sikap aku kalau orang baik ngan aku .aku akan baik dengannye assalamualaikum awak ni sye rasa pemikiran yang cetek lah…..

  16. kalau mcam aku klau nak tgok anak kita pandai kte jgan lah nak bekira sngat .tp kalau nak macam tak nak tgok anak kte tak ok boleh lah hantar anak di taska tersebut.em nak wat cam mane kan….untuk blog ni jgan lah kamu mengata kan serupa itu kerana kamu tahu kan bahawa itu tidak baik… bahasa jiwa bangsa itulah yang kerajaan titik beratkan kan awak kan penyokong tak kan awak tak tahu..saye hanya memberikan pengatahuan saya sedikit sahaja itu lah saya belajar di pasti alhamdulillah…assalamualaikum untuk blog ni…

    • Kesian. Stumbled upon dis blog sbb tgh cari infor taska/tadika. Ada ke ptt compare pasti-sekolah. Dh tu printscreen fitnah, xtau twitter ke. Itu namanye retweeet.. Bukan original said by wardina (aku x minat pon dia). Ok pe pasti, xpenah lak aku dgr diorg suh undi PAS. Ni bab education la, bukan politik.

  17. em..btul tu kata anonymous aku hntar ank aku 3taun kat sklah pasti tu tak de lah plak dia orang suruh mak bapak macam aku ni suruh undi pas

  18. ala…penulisan ni hak milik dan pendapat memsg..takde yg betol n takde yg salah…cume bg akula..hidup ni biar pandai bersyukur atas pe je nikmat n faedah yg diberi..tak kire la drpd siapa..memn kerajaan, BN, PAS, PR ke sama je…semua masalah tetap akan dan ade yg akan ditarik atau diberi…cume yg aku tak brp nk phm…tanggungjawab diraih dari kemampuan diri bukan dari mencari salah org lain utk menjatuhkannya….sama je..to BN, PAS n PR… bukannye PAS & PR tak buat benda2 ni kn…kebetulan korang kecik n belum memerintah spenuhnye je lagi..sbb tu takbrp nmpk…

  19. Salam Ceria- wah! semuanya sangat prihatin dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. KEMAS mengutamakan konsep perkembangan anak secara holistik- secara menyeluruh. anak kan belajar melalui bermain. Sememangnya anak KEMAS bermain, menyanyi- masa bermain menyanyilah perkembangan anak diransang. sosial nak, emosi anak, pergerakan fizikal anak, motor kasar motor halusnya digerakkan, yakin diri anak kita. kalau nyanyi pun tak berani, apatah lagi yang lain kan. belajar bahasa, sebutannya, anak belajar begitu.

    jom masuk parenting course yang ada utk ibubapa TABIKA KEMAS. masuk ke dunia anak anak kita. pentaksiran anak dan pentaksiran kita berbeza. have fun :)

    • klaka la statement awk ni…tu lah nmeny pendidikan barat…Islam ad menekankan suh ajar anak2 brmula dr kecik…btl…sy dlu bekas pelajar pasti…ble msuk drjh 1 kwn2 smua jeles sbb sy byk thu dr dorg…brmula dr mngira, mngeja n agama…adik sy dididik di skolah kemas…lmbt kot die nk pndai bce doa even doa makan…pasti pn ad hburan gak tp dr segi nasyid..pasti name2 rasul n len2.dr kcik ni la nk didik pmikiran ana2k tu mcmne…bkn nk suh hafal 1 quran trus…otak kanak2 kn mudah untuk mnyerap berbanding org dewasa…tp klu dh duk nyanyi je, tu je la yg dorg akn igt…klu bdk kemas blik umh msti akan nyanyi lgu bru…tp klu bdk pasti blik umh msti akn bce doa bru..huhuhuh

  20. Pendidikan anak dan politik plak— kalau dah didik bagus2, lepas tu anak plak terpaksa hidup dalam negara yang tak stabil. cemana tu? pada saya, dua-dua perlu cemerlang. Anak kita perlu Malaysia yang aman, Malaysia yang harmoni untuk mereka tinggal didalamnya. keamanan dan perpaduan ni kan dah jadi resepi kerukunan dalam negara selama ini. perhimpunan haram ke halal ka. demonstrasi bantah sana dan sini. semuanya jadi contoh pembelajaran utk anak. Contoh yang mana nak kita tunjukkan mereka? kita kan ibubapa bijak. bijaklah memilih. andai anak kita protes dengan buat bantahan itu dan ini, selepas kita susukan, bela sampai besar, bagi sekolah supaya pandai…then mak ayah kita tidakkan, salah itu, salah ini? letak diri kita pada tempat mak dan ayah itu. wajarka…gamakkah kita?

  21. yg penting pendidikan ank2 kita sebenarnye… terpulang kpd ibubapa nak hantar ank2 mereka kat maner pun. ikut kemampuan n kewangan ibubapa la.. klu dah rasa nak ank mereka dpt pendidikan yg terbaik mereka akan hntr walaupun ada tadika,taska yg yuran RM150 sebln pun bnyk tmptkn.. kenapa nak pertikaikn semua ini..tepuk dada tanya selera…. terima kasih

  22. Anak saya , saya htr vital years…balik di rumah saya polish sendiri.. Syukur… Umur 4 thun da blh baca newspaper dan baca quran serta doa2 mudah. Menghafal surah2. Walaupun tak lah smpi taraf hafiz hafizah…solat serta puasa juga. Pokok pangkalnya ibu bapa…bukan Kemas atau Pasti. Alhamdullilah.

  23. tak fham lah ape yang cube disampaikan oleh anies suzana..ni sekolah mane ni..maaf tak fham..

  24. Penang dapat kat DAP.aku sbg orang melayu terasa beban sangat nak hidup kat sini. Kos hidup terlalu tinggi…nak hantar seorang anak ke nursery pun dah dekat 7 ratus sebulan…orang2 yang tinggal kat negeri2 yang masih diterajui kerajaan haruslah bersyukur..macam2 kemudahan yang diberi..buat ape nak lawan kerajaan..penyakit rasuah adalah penyakit manusia..tak kisah siapa kerajaan kalau nama manusia mesti akan jadi punye. Mana yang buruk kita betulkan..janganlah ingat nak memberontak je. Tengok je Syria dan negara2 arab yang lain macam mana..sikit2 nak memberontak tunjuk perasaan..bagi peluang kuasa asing masuk campur dan manipulasi ketenteraman negara sendiri. Bersyukur apa yang ade….berfikir sebelum bertindak.

  25. KAT SELANGOR SAYA HANTAR 5 ORG ANAK UMUR 10, 8, 6 , 3 DAN 1 TAHUN KENA BAYAR RM1300 SETIAP BULAN MELIPUTI PENJAGAAN , MAKANAN, TAMBANG BAS SEKOLAH . KALAU HANTAR ANAK SAMPAI RM700 TU ANDA NAK JAGA STANDARD SGT KERANA KALAU HANTAR KAT PENGASUH PESENDIRIAAN MESTI BARU RM300 PALING MAHAL SEORANG BAYI HINGGA 2 TAHUN . TAPI KALAU 3 HINGGA 4 TAHUN RM200 JE .

  26. ADMIN BONGOK DAN TAK TAHU BEBENDAR KERANA KALAU BANDING YURAN PSATI DENGAN TADIKA GENIUS AULAD , DZULIMAN , LITTLE CALIP , ICDC, NURI YURAN JAUH LAGI MURAH . ADMIN TAUBAT LER KALAU TAK SUKA PR TAK PA . JANGAN FITNAH PASTI PAS PULAK . NAK MURAH HANTAR KAT KEMAS DAN PERPADUAN SERTA PRA SEKOLAH DIBAWAH BN .

  27. salam…semua ade pendapat tapi jangan sesuka kata orang bongok,jahat mulut..yang tulis tue memaki orang tak jahat ker..pra-sekolah sebenarnya free tapi ader sekolah menuntut bayaran dengan beberapa alsan…boleh tak mereka yg citer politik nie jawab kalau warga miskin tak cukup duit macam nak bayar..ia benar2 terjadi…boleh PASTI ambil dieorang NOT need to pay also…kemana budak nie pergi…nak minta zakat selangor kena masuk bersamamu dulu…tapi zakat leh celebrate family day kat gold coast la..ader berapa ramai orang susah…kalau duduk nursery sampai 5 orang kat tempat sama memang leh dapat pric tue…kalau rm700 mungkin termasuk ot…kena tahu baby skang price rm700..ke awak letak kat pasti…tapi pasti tak sudi amik budak transit saya nak masuk pasti macam apa ustaz tue layan…tahniah dan terima kasih pasti setia alam…

  28. Salam semua, thn ni sy hantar anak perempuan 4 thn ke tadika kemas, yuran rm 15 je sebulan.insyaallah thn 2014 akn hantar ke pasti,yuran mahal sket pun xpe,pendidikan yg diberi jauh lbh baik. Bila tanya ank sy mana no 123.., huruf A pun tak th. bl amik ank sekolah, asyik mewarna je, sy tak tahu silibus kemas macam man a, tapi takkan basic pun tak tahu.Ada ank kawan 6 thn kemas tak boleh membaca, ibunya risau, tukar pasti, dua Bulan dah boleh membaca.

    • Hantarla tadika mana sekalipun.mahal atau murah…kalau ibu bapa x turut sama mengjar dirumah…serah kt cikgu bulat2..mmgla ank xreti apa…jujur…ank 3thn yg xgi skolah lg pn dh kenal abc..123 dan ble bc surah pendek dalm solat….jgn tunding jari ke arah org lain…4lg jari tu tunjuk salah kita sendiri…muhasabah diri ye..

  29. Sek kerajaan tu kerajaan bayar pakai duit rakyat tu pasal kena murah pasti kena cari dana sendiri yg penting Agama dan pendidikan ikut sunnah otak pakai kaji dulu baru hentam orang ni tak tau ape bedallllll je cai umno mmg sakai

  30. Sebab bn tu kerajaan pasal tu kemas dan sek kebangsaan tu murah pasal yang tanggung tu pakai duit rakyat ada paham lagi???? Ingt semua orang bingai cam hang ke ape pun x tau tu ikut bontot bn mmg la murah kalau pr jd kerajaan free lagi pendidikan ape la

  31. Sama ler kemas, perpaduan tu kt pg nie, 2 thn sekolah tahu nyanyi abc tp x kenal huruf. Naik darjah 1 dok kelas belakang sbb tak boleh jwb soklan…

  32. Sblm sya hntr anak tadika dah survey semua tadika yg murah , yg ada brand tp lps g pasti tengok buku & silibus mmng dahsyat….jauh lebih baik dr tadika kemas &tadika yg mahal…jgn la buat andaian tanpa usul periksa…pasti x prnh ajar anak2 kecil bencikan mna2 parti…tadika islam yg ikhlas mgajar anak bangsa celik agama & akedemik…HIDUP PASTI!

  33. KEMAS kat depan rumah aku dah KEMAS dah. dah tutup. takde sape nak hantar anak ke situ. Dah hari-hari dok menyanyi aje. Anto kat PASTI, rasa sejuk hati. byk doa, hadis, surah, bacaan dlm solat anak aku dah tau walaupun baru 4-5 tahun. ilmu duniawi dapat, ukhrawi pun dapat. Alhamdulillah.
    P/S: Kalau silibus kat KEMAS sama mcm PASTI, mungkn org2 akan hantar ke KEMAS juga. tapi sbb silibus KEMAS pun tak bagus, walaupun murah, perlu renung2kan lah.

  34. Kerajaan sepatutnya memberi aluan kepada anak anak yang masuk universiti, tidak kira dia kaya raya atau tidak, baru betul. Apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan kerajaan tidak mengenakan apa-apa bayaran, sebaliknya beri duit kocek, kata negara maju. Baru rakyat sayangkan kerajaan n negara.

  35. Suami saya penyokong kerajaan skrg,tapi kami sepakat utk sekolahkan anak2 di taska pasti..kami bukan org senang @ org susah..kami hanya mahu anak2 dapat mengikuti pembelajaran yg lbh baik,yg berasakan agama islam..utk apa pendidikan anak2 juga dipolitik kan?? Kami xkisah pun siapa penaung @ pengasas,samada kerajaan bn atau pembangkang pas?? Dimata anak2 mereka semua sama..

  36. as salam..utk p’ngatahuan sume..saya ibu kpd m.hadi putra..yg belajar d kemas n tadika pasti..tadika kemas start dr 7.30am – 11.15am..n pasti plak dr 11.30am – 3.30pm..cuma ank saya msk lmbt skt 12.15pm coz perlukn rehat jugak kn..saya ingin b’kongsi pengalaman ank saya belajar d kedua2 tadika t’sebut..dua2 de kebaikannya..utk tadika kemas kebaikannya d sini ialah keberanian..dr segi aktiviti..contest apa saje..bab mkn jgn ckp mmg kenyang la..n akademik..kalo bab ni mana2 tadika pon sama gak kn..yg paling best hadiah..mmg best..basikal dll..x t’dpt d tadika lain..cuma..apa yg saya nmpk kemas ni kurang p’didikan agama..kalo nyanyi mmg mcm2 nyanyi..lagu2 tentang nabi..lagu2 abc..123..mcm2 lg lah..ok..skrg bab yuran..utk p’ngatahuan admin ank saya b’sekolah d tadika kemas ni sdh 2 thn (5 & 6thn) x pernah kurang yurannya sama saje..kalo kurang pun b’gantung kpd parent 2 s’dr..kalo kurang byr yuran mungkin d sbbkn uniform n bj sukan x pyh beli lg..pakai yg taun lps punya..utk taun ni yurannya 148 jugak la cam 2..kalo nk kata bgs! ye..mmg tadika kemas ni sgt bgs..
    PASTI..emmm pasti..mmg terbaikk..kalo bab agama jgn ckp..ank saya br 2 mggu sekolah doa je mcm2 doa..yg paling saya kagum skali bila time nk blk..waktu nk b’salam ngan cikgu selawat ats nabi dulu..br slm ngan cikgu..masyaallah..dan apa yg saya lihat..dr p’ngalaman saya s’dr..saya ada s’org ank perempuan d thn 2 (8 thn)..kalo sek agama kelas no.1 yg paling ramai adalah murid2 dr tadika pasti..d sini sek agama ada 10 kelas..1 kelas sahaja hampir 35 org..ramai bkn..jd niat saya sebagai s’org ibu ingin melihat ank lelaki saya berjaya d dunia dan juga d akhirat..maknanya agama penting..akademik pun penting..yg paling utama skali solat!..cuma..pasti ni aktivitinya kurang nk d bandingkn dgn kemas..sbb itu lh saya htr ank saya d kedua2 sekolah..adil..ilmu kemas dpt..ilmu pasti pun dpt..alhamdulillah..ank saya blh b’tahan d kemas dan juga pasti..cuma merungut pnt 2 jew..tp xpe s’org ibu kn ada senjata yg dasyat..pe dia..memujukla..kn cair..sng jew handle..dr segi bab mkn pun alhamdulillah..kenyang jew memanjang..pe xnye pg mkn d kemas..ptg plak mkn d pasti..jd sape yg sng..ibu leeer..hihihi..
    INGIN saya nk tekankn sdkt tentang p’dapat2 saudara..jgnlh sesekali kita m’mandang keburukan dan tdk kepuasan ht t’hadap sesuatu p’kara..kita s’harusnya b’syukur dgn seadanya..kalo tiada ujian bagaimana kita hdk m’ngenal erti kehidupan..btl x..
    OK sharing saya stakat ni saja..t.kasih kerana sudi m’baca..

  37. Belum rasa pemerintahan cam singapore ble lh mendabik dada.bila dh senang sikit hidup mulalh kata itu x betul ini x betul.Sbb tak bersyukur nikmat ALLAH bagi.Jika kita rasa kita susah ada yg lg susah dari kita.Jadi renung2 kata ni.Zaman skrg byk brblah…x ada yg beri nasihat.KALAU AKU KAYA……

  38. Naper takde ulasan tentang tadika cina @ montessori @ english medium caliph ker… politik lebih ar blog ni. Kalau betul nak tackle issue yuran tadika dan buat perbandingan… buatlah secara menyeluruh. Ini buat perbandingan yuran sekolah rendah / menengah dgn TADIKA. Mesti tak pernah masuk team debat. Mesti kalah one on one.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s