Tugu Negara & Tugu Peringatan…

Posted on Updated on

Kalau sudah buta sejarah, memang parah. Seumpama orang yg buta warna tak dapat membezakan colour. Warna oren akan dikatakan kuning, dilihat sebagai sama walau sebenarnya ada beza antara kedua-duanya.

Standard la tu, kalau pemimpinnya buta sejarah pengikut dan penyokong 1000 kali lebih buta dan bebal. Itulah ketentuannya. Tak dapat diubah melainkan kalau Allah s.w.t memberi kesedaran untuk mereka.

Tertarik dgn satu isu pasal Tugu Negara yg di sensasikan dgn fakta bebal, silap dan putar belit oleh seorang blogger pukatan rakyat.

Dengan megah dan riak si buta sejarah tadi tu declare kata Tugu Negara di buat utk mengagungkan penjajah British. Dia tak cerita yg dia sebenarnya takleh nak beza mana satu tugu negara dan mana satu tugu peringatan.

Tugu yg dijadikan isu oleh blogger bebal pukatan rakyat tu ialah Tugu Negara dan plate nama yg dia siarkan pula ialah dari Tugu Peringatan.

Depa fikir 2 binaan tugu tu adalah satu binaan yg sama, sedang hakikatnya ia adalah 2 binaan tugu yg berbeza, di bina oleh 2 pentadbiran yg berbeza.

Disebabkan si blogger bebal tu buta sejarah, dah ler dia takleh beza antara 2 monumen tu, sejarah kenapa Tugu Peringatan (cenotaph) diletakkan bersekali dgn Tugu Negara di Kompleks Tugu Negara pun dia tentu tak tahu.

Yang bestnya si malaun pembacanya rata-rata menelan buta-buta artikel yg kononnya gempar tu, standard penyokong taksub apa saja propaganda yg media depa sua kan semuanya depa telan tanpa fikir guna akal budi.

Tu tak pelik kalau tahik kambing di katakan ubat makjun pun, aku yakin puak penyokong malaun pukatan rakyat ni pun akan selamber pi telan jugak tanpa fikir panjang.

Modus operandi depa ni mudah je, alang-alang Mat Sabu dah angkat komunis sebagai hero, maka mahu tak mahu depa cari isu utk burukkan sejarah negara sendiri di masa sama cuba menunjukkan komunis tu pejuang kemerdekaan yg perlu di sanjung.

Standard la tu, pemimpin parti depa dah tersasul kata dalam isu komunis jadi kenalah ada cover backup dgn putar belitkan sejarah negara supaya diri depa tak di anggap sebagai pengkhianat negara.

Gambar Satelit menunjukkan lokasi kedudukan Tugu Negara & Tugu Peringatan di Kompleks Tugu Negara

Ok, hari ni meh kita belajar mengenali 2 binaan monumen yakni Tugu Negara & Tugu Peringatan.

Tugu Peringatan yg asalnya adalah satu batu dikenali sebagai cenotaph dgn catitan “To Our Glorious Dead” diikuti tahun Perang Dunia Pertama “1914-1918″ dan nama-nama askar Britsi yg terbunuh dalam Perang Dunia pertama tersebut.

Tu sejarah awal dia sebelum beberapa penambahan di buat selepas tamat Perang Dunia Ke-2 diikuti perubahan terakhir ialah sebelum perlancaran Tugu Negara yg sebenar.

Apa itu cenotaph? Jangan tanya orang yg suka minum milo suam ada semut nanti dia jawab tu sama macam panggung wayang cineplex. Baca selanjutnya boleh tahu menatang apa cenotaph tu.

Tugu Negara pula di bina hasil ilham Tunku Abdul Rahman sebagai mengenang pengorbanan anggota keselamatan kita yg terkorban melawan Jepun & komunis.

Kedua-dua tugu tersebut diletakkan dalam satu kompleks yg sama yakni Kompleks Tugu Negara.

Kenapa Tugu Peringatan (cenotaph) diletakkan di kompleks yg sama sedangkan umumnya kita tak terlibat secara langsung dengan Perang Dunia Pertama?

Ya, betul kita tak terlibat secara langsung, tapi sejarah merekodkan British yg ketika itu telah menguasai Tanah Melayu sekian lama terbabit menyediakan sebuah kapal perang seberat 30,000 tan yg diberi nama H.M.S Malaya yg dilengkapi 8 buah meriam 15 utk membantu pihak Berikat dalam perang tersebut.

Polisi British ketika itu ialah meletakkan semua cenotaph sebagai tugu peringatan di semua negara yg menjadi jajahannya.

Manakala nama-nama yg tercatat pada plate nama khas itu pula ialah askar-askar British (termasuk askar Gurkha) yg pernah bertugas di Tanah Melayu kemudiannya di arahkan menyertai British dalam Perang Dunia Pertama untuk melawan Jerman di eropah.

Cenotaph yg terletak di Ipoh misalnya yg di bina pada tahun 1927 juga utk mengingati askar British yg terbunuh dalam perang tersebut. Kesemua mereka merupakan askar British yg pernah bertugas di Perak kemudiannya menyertai kempen British perang di benua eropah.

Cenotaph di Ipoh.

Cenotaph (Tugu Peringatan) yg asal pada tahun 1940 di Bulatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Kemudiannya, selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pihak British telah menggunakan tugu cenotaph yg terletak di Bulatan Stesen Keretapi Tanah Melayu tersebut sebagai memorial Perang Dunia Ke-2 dgn memasukkan sekali tarikh peperangan dan menambah senarai nama askarnya yg terbunuh dalam perang tersebut dalam plate nama di Tugu Peringatan (cenotaph).

Di sinilah faktor kenapa tugu cenotaph itu di anggap sebagai bahan sejarah negara. Untuk beberapa tahun ia di anggap sebagai Tugu Negara (cenotaph) kerana turut merekodkan tarikh Perang Dunia Ke-2 yg melibatkan negara kita di tambah pulak kita belum mempunyai tugu sendiri.

Selanjutnya berikutan Darurat 1948-1960, sekali lagi perubahan dilakukan dengan menambah tarikh “1948-1960″ pada tugu cenotaph tersebut memandangkan ketika itu kita belum memiliki tugu peringatan sendiri.

Berikutan idea Tunku untuk membina Kompleks Tugu Negara bersama tugu peringatan yg baru, maka tugu tersebut (cenotaph) di pindahkan ke Kompleks Tugu Negara utk di abadikan bersama Tugu Negara yg baru.

Utk lebih pemahaman eloklah kita belajar mengenalinya lebih dekat supaya lain kali kita tak tergolong sebagai orang yg tak siuman selepas kerap sangat minum milosuam yg banyak semut di dalamnya.

Kompleks Tugu Negara

1. Terletak berhampiran Parlimen dan Tasik Perdana.

2. Cetusan idea Tunku Abdul Rahman sebagai salah satu usaha meningkatkan semangat patriotik rakyat.

2. Kompleks ini mula di bina sekitar tahun 1963 hinggalah 1966.

3. Merangkumi 5 elemen utama;-

i. Tugu Negara

ii. Tugu Peringatan (cenotaph)

iii. Kolam Air Pancut

iv. Astaka

v. Taman Tambahan

Tugu Peringatan (Cenotaph)

1. Pada mula ia di bina pada 1920-21 oleh British ia adalah sebagai tugu memperingati pengorbanan tentera-tentera British yg terbunuh sewaktu Perang Dunia Pertama (1914-1918).

2. Bentuk asalnya hanyalah sebuah tiang batu ataupun dikenali sebagai cenotaph yg lokasinya terletak di Jalan Tugu (Bulatan Stesyen Kereta Api Kuala Lumpur). Cenotaph tu merujuk pd sejenis batu yg kerap dijadikan monumen. Boleh dikatakan macam batu nisan utk kubur yg takde mayat.

3. Pada mulanya hanya ada catitan “To Our Glorious Dead”  dan  satu plate nama khas bertulis “1914 (FMS) 1918″  diikuti di bawahnya nama-nama askar British yg terbunuh dalam Perang Dunia Pertama.

4. Selepas berakhir Perang Dunia Ke-2 perubahan dilakukan oleh British.

5. Penambahan tarikh Perang Dunia Pertama & Dunia Ke-2 dilakukan dgn memasukkan catitan tahun tahun peperangan “1914-1918″ & “1939-1945″ diikuti tambahan senarai nama tentera Brtitish pada plate nama (termasuk askar kerahan Gurkha, India) yg terbunuh dalam Perang Dunia Ke-2.

6. Selepas itu tarikh bersejarah menentang komunis atau dikenali darurat “1948-1960″ telah di tambah pada tugu cenotaph tersebut.

7. Memandangkan tugu cenotaph ini turut merekodkan tarikh sejarah perang yg membabitkan pendudukan Jepun & sejarah darurat menentang komunis di Tanah Melayu maka ia diputuskan utk ditempatkan bersama-sama Tugu Negara yg baru di Kompleks Tugu Negara pada tahun 1963 sebagai satu lipatan sejarah negara.

8. Selain itu tujuan pemindahan juga utk memberi laluan pembinaan flyover di atas bulatan tersebut.

9. Menjelang perasmian Kompleks Tugu Negara, perkataan Melayu “Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor” di tambah pada bahagian atas perkataan “To Our Glorious Dead”.

10. Sehingga hari ini tugu cenotaph tersebut dikenali secara rasmi sebagai Tugu Peringatan.

Cenotaph di lokasi asal sebelum dipindahkan (tiang tengah). Di belakang cenotaph ialah Masjid Negara.

Lokasi asal Tugu Peringatan (cenotaph) berhampiran Stesyen Keretapi KL. Di bawah flyover (bulatan) adalah tapak asal Tugu Peringatan (cenotaph).

Gambar original Cenotaph (Tugu Peringatan) dgn catitan “To Our Glorious Dead” dan plate nama askar British yg terbunuh dlm perang Dunia Pertama di lokasi asal (Bulatan Keretapi KL) pada tahun 1940. Seorang askar meniup bugler semasa perarakan tentera.

Tapak Cenotaph (Tugu Peringatan) dalam proses pembinaan (1963) di Komples Tugu Negara.

Pandangan kedudukan Tugu Peringatan (cenotaph) tahun 1963 semasa pembinaan Kompleks Tugu Negara. Tulisan Melayu berbunyi “Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor” belum di tambah.

Proses pembinaan Kompleks Tugu Negara sekitar tahun 1963. Tulisan “Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor”  belum di letakkan.

Kedudukan tapak Tugu Negara yg dalam proses menyediakan tapak bertentangan dgn kedudukan Cenotaph Tugu Peringatan (1963-1964)

Tugu Peringatan (cenotaph) pada hari ini di Kompleks Tugu Negara dgn tambahan “Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor”.

Tugu Negara

1. Pada tahun 1963 Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea pembinaan Kompleks Tugu Negara.

2. Pembinaan salah satu monumen yakni Tugu Negara adalah bagi menggantikan sebatang tugu peringatan peninggalan British (tugu itu kini dikenali sbg Tugu Peringatan) yg dibina oleh British selepas Perang Dunia Pertama.

3. 7 biji patung gangsa (5 askar Melayu & 2 komunis) tiba di Port Swettenham (sekarang Perlabuhan Klang) dengan  M.V. Express pada Jun 1965.

4. Proses penyeliaan Tugu Negara oleh Felix De Weldon bermula pada Julai 1965 dan siap menjelang awal 1966 kemudiannya di rasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 8 Februari 1966.

5. Tujuan permbinaan Tugu Negara adalah sebagai  mengenang pengorbanan ramai askar, polis dan rakyat Tanah Melayu yg terkorban sewaktu menentang pengganas komunis sepanjang tempoh darurat 1948-1960.

6. Binaan Tugu Negara ni di reka oleh Felix De Weldon seorang warganegara Amerika (lahir di Vienna, Austria) yg turut pernah merekabentuk USMC War Memorial. Kerana itu rekabentuk patung kelihatan seperti orang putih.

7. Pada bahagian segiempat Tugu Negara ditulis “Dedicated to the heroic fighters in the cause of peace dan freedom”, ditengahnya pula adalah Jata Negara dan tulisan jawi disebelah jata bertulis “Memperingati perwira­-perwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan.  Moga­-moga Allah cucurkan rahmat ke atas mereka”

8. Tugu Negara termasuk dalam 50 warisan sejarah kebangsaan negara kita.

9. Tugu Negara khusus untuk mengenang pengorbanan anggota keselamatan & rakyat Tanah Melayu (sekarang Malaysia).

10. Terletak bertentangan dengan Tugu Peringatan (cenotaph).

Tapak empatsegi Tugu Negara siap di bina sekitar tahun 1963-64.

Tapak Tugu Negara 1963

Proses menempatkan patung 7 gangsa sedang dijalankan sekitar tahun 1964-65.

Tugu Negara hari ini.

Ok, dah abis belajar sedikit sebanyak sejarah Tugu Negara dan kini kita sudah dapat mengenali mana satu Tugu Negara dan mana satu Tugu Peringatan.

2 monumen yg berbeza bentuk dan sejarah tetapi berada dalam satu kawasan yg sama yakni di Kompleks Tugu Negara.

Belajarlah sejarah utk kenal jatidiri sendiri juga sejarah negara kita, semoga kita semua tak tergolong dalam kalangan manusia buta sejarah.

Akibat buta sejarah bukan sahaja menyebabkan kita kelihatan budus mengalahkan kambing, tapi meletakkan diri kita setaraf seperti Mat Sabu.

Zaman millenium sekarang ni ramai orang Melayu yg sanggup memutabelit sejarah negara disebabkan budus sombong & kepentingan politik, depa sudah terlebih liberal dan terbuka hingga kebodohan sendiri mahu dikongsi beramai-ramai.

Sebelum minum milosuam pastikan takde semut di dalamnya dengan demikian InsyaAllah anda selamat drpd menjadi bangang tak ketahuan.

6 thoughts on “Tugu Negara & Tugu Peringatan…

    XPressMinda responded:
    6 September 2011 at 11:00 am

    standard la tu, kalau dah sejarah tugu negara dan tugu peringatan depa tak tahu, memang layaklah dikatakan buta sejarah.

    zaman skang budak2 belajar sejarah kat sekolah utk lulus periksa je.

    Anonymous said:
    14 September 2011 at 4:12 pm

    SALAM PERJUANGAN…

    mohon untuk pautkan link blog sesama kita…

    alamijiwaparadox.blogspot.com

    terima kasih

    XPressMinda responded:
    14 September 2011 at 4:22 pm

    Anonymous :

    SALAM PERJUANGAN…

    mohon untuk pautkan link blog sesama kita…

    alamijiwaparadox.blogspot.com

    terima kasih

    ok beres.

    Aimy Amir said:
    7 August 2012 at 11:28 pm

    macam mana nak follow ?

    Anonymous said:
    9 September 2012 at 3:50 pm

    owh….maap yea…napa muka askar melayu macam askar british..askar melayu x pkai topi koboi xsilap..sekadar bertanya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s