Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden?
Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa ntah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular. Read more…
Tak Rasmi: BN Kekal Kerajaan Pusat, Najib Menang Besar
Alhamdulillah, peluang untuk BN kekal menguasai Kerajaan Pusat semakin cerah apabila keputusan belum rasmi menyebut BN hanya memerlukan 2 lagi kerusi Parlimen yang perlu dimenangi bagi melengkapkan kemenangan dengan majoriti mudah 112 kerusi.
Laporan terakhir sebelum hari pengundian berlangsung menyatakan BN memiliki peluang cerah di 140 – 155 kawasan yang dianggap putih. Read more…
Parlimen Putrajaya: BN Dijangka Menang
Datuk Seri Tengku Adnan, calon BN di Parlimen Putrajaya sedang mendahului pencabarnya dan dijangka menang bergaya kali ini dengan majoriti yg lebih besar.
Husam Musa dah boleh sambung semula projek kambing jamnaparinya.
SPR Bela Pengundi Hantu?…
Betulkah SPR tidak adil? Tidak telus dan memanipulasi daftar pengundi?
Kalau ikutkan hujah Pas dan PKR pendek kata SPR memang tak pernah adil waima utk memang sebijik kerusi pun kalau kita pegang hujah Pas dan PKR tu, memang jauh panggang dari api.
Hatta sapa-sapa daripada Pas, PKR dan DAP nak merasa memerintah negeri berketuakan MB dari parti sendiri atau ber’khalifah’kan KM drpd DAP pun jangan kata secuit sezarah pun tak dapat disebabkan ‘manipulasi’ oleh SPR. Read more…
Dilema Penyokong PAS
Pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya turut menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian. Read more…
8 Perkara Dalam Amanat Hadi
Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.
Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat di atas. Read more…
Huru Hara Dalam Negara Angkara PR
Selalu sangat puak barbarian dlm PR suka duk tuduh polis punca provokasi yg menyebabkan banyak demonstrasi dan himpunan anjuran PR kerap huru hara.
Akhirnya kebenaran tersingkap, segalanya berpunca dari masalah koordinator lemah dalam program PR disamping masalah sejak azali sapa2 sokong PR automatik mudah naik angin dan panas baran tak ketahuan.
Biasaklah tu, kalau dah sama-sama sendiri boleh bertumbuk, kalau dengan polis lagi la depa suka. Read more…
Anak Papa Terus Kepanasan…
Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?” terus mengundang bantahan umat Islam.
Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab ‘Contact Us’, di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-
Read more…








